Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan alMubarak


Kami warga Jabatan Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak. Semoga ibadah kaum muslimin dan muslimat di seluruh negara akan mendapatkan keberkatan. Lebihkan amal ibadah kita dibulan yang mulia ini.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
“Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat ‘Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadan: Di bulan Ramadan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai )

Monday, August 17, 2009

Juruterbang Terbunuh Pesawat Terhempas


TAIPING: Seorang warga asing terbunuh apabila pesawat ringan yang sedang diujipandu terhempas dan terbakar ketika baru berlepas di landasan terbang Tekah, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu dikenali sebagai Michael Robert Dacre, 53, berasal dari United Kingdom.

Mangsa yang mengalami cedera parah selain melecur, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini.

Syed Abdul Wahab berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu sendirian dikatakan melakukan ujian ke atas pesawat yang baru dipasang oleh syarikat AVCEN yang berpangkalan di United Kingdom.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Sobri Abdullah berkata ketika kejadian anggota bomba telah ditempatkan di lapangan terbang tersebut pada pukul 8.30 pagi atas permintaan daripada Syarikat Patimas Technology Centre yang dipercayai pemilik pesawat terbabit.

Katanya ketika pesawat tersebut berada kira-kira 200 meter di ruang udara, tiba-tiba pesawat tersebut menjunam ke bawah dan terhempas lalu terbakar.

Seramai 18 anggota bomba dengan tiga jentera yang berada di situ dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran sebelum mangsa dikeluarkan, kata Mohd Sobri.

Sunday, June 28, 2009

Program Info Bestari Dan Majlis Perasmian Anjung Bestari Mukim Ijok



Pada 24 Jun 2009, Komuniti BESTARI Mukim Ijok telah mengadakan Program Info Bestari dan Majlis Perasmian Anjung BESTARI Mukim Ijok. Majlis itu telah dirasmikan oleh ADUN Kubu Gajah. Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Penerangan Negeri, Pegawai Penerangan Daerah dan jemputan lain. Program Info Bestari adalah satu program yang dianjurkan oleh komuniti BESTARI dengan kerjasama agensi jabatan yang diperlukan ditempat yang dijalankan. Info Bestari adalah bertujuan untuk meraptkan hubungan jabatan kerajaan dengan masyarakat setempat. Pada majlis ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan Taklimat Pengerusan Harta Pusaka oleh Penolong Pengarah Unit Pembahagian Harta Pusaka dan Taklimat Pengguna oleh Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna turut diadakan pada majlis ini. Majlis ini turut mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Semoga dengan terlaksananya program seperti ini, masyarakat mengetahui peranan dan fungsi jabatan kerajaan.

Wednesday, May 13, 2009

Mesyuarat Khas Penyelaras Bersama Guru Penyelaras Kelab setia

Pada 13 Mei 2009, jam 9.00 pagi satu Mesyuarat Khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Penerangan Taiping bagi mebincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Hamzah bin Awang mewakili PPD. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan Kelab Setia di sekolah-sekolah tersebut. Penibuhan Kelab Setia juga memberi satu jalinan kerjasama diatara pegawai penerangan dengan sekolah tersebut. Perkongsian maklumat dan idea memupuk semangat kerjasama diantara sekolah dan jabatan penerangan. Antara aktiviti-aktiviti yang dibincangkan adalah :-
a) Pertandingan mencipta baju t-Shirt Kelab Setia
b) Perttandingan Menulis Rencana Kemerdekaan
c) Lawatan Sambil Belajar Ke Angkasapri, Jab. Penerangan Kuala Lumpur dan Putrajaya
d) Kursus Juru Acara Majlis
Tujuan aktiviti tersebut diadakan untuk memberi ruang kepada ahli menunjukkan bakat dalam mencipta T-Shirt, menulis Rencana Kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan. Tujuan LSB diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar fungsi atu tugas yang dilaksanakan di Angkasapuri manakala di Jabatan Penerangan Kuala Lumpur untuk memberi maklumat fungsi jabatan dan tuga-tugas yang dilaksanakan di Jabatan Peneranga. Bagi kursus Juru Acara bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli Kelab Setia untuk mengendalikan majlis dari pelbagai aspek.
Aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Jabatan Penerangan. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.